CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 17, 2009

Bukit Larut mengasyikkan...

papan Tanda : Ketinggian Bukit Larut

Hai…..
Aktiviti pelancongan adalah salah satu aktiviti riadah yang dapat merehatkan minda dengan berkunjung ke tempat-tempat yang menarik di seluruh Malaysia. Malahan di Negara kita pelbagai tempat yang dapat dikunjungi dengan kadar harga yang berpatutan. Antara tempat yang menarik ialah Bukit Larut atau lebih dikenali sebagai "Maxwell Hill" yang terletak 3 kilometer dari Bandar Taiping. Bukit Larut telah dijumpai oleh Pembantu Residen Perak ketika tahun 1875, William Edward Maxwell. Ketinggian Bukit Larut adalah 1036 meter.
Ketika menuju ke Bukit Larut para pengunjung dapat menikmati pelbagai panorama yang cantik dan indah seperti tumbuhan-tumbuhan yang semula jadi. Selain menikmati udara yang sejuk dan nyaman para pengunjung pasti teruja dengan pelbagai tumbuhan flora dan fauna yang terdapat di “recreation park” di atas Bukit Larut.
Menurut seorang pelajar Jurusan Teknologi Maklumat, Universiti Utara Malaysia Nor A’qilah Halim, 23 berkata kali pertama dia menjejaki Bukit Larut ketika mengikuti rombongan sekolah pada tahun 2002.
“Apabila berada di atas Bukit Larut saya dapat melihat keseluruhan Bandar Taiping dan ia sangat menakjubkan”, Katanya.

Rumah : Penginapan untuk para pengunjung
Para pengunjung juga dapat bermalam di sana sama ada dengan memilih menginap di banglo atau di rumah Rehat.

Bagaimana untuk kesana:
Anda perlu melalui Lebuh Raya Utara Selatan dan keluar melalui Tol Taiping/Kemunting. Selepas itu anda akan dapat melihat papan tanda mengenai Taman Tasik Taiping. Apabila sampai di sana anda akan dapat melihat papan tanda untuk menuju ke Bukit Larut.

sumber daripada:

0 comments: