Pelancongan adalah salah satu sumber pendapatan Negara yang menjana ekonomi masyarakat. Bidang ini sangat dititikberatkan oleh kerajaan Malaysia. Negara kita mempunyai pelbagai tempat yang menarik yang dapat dikunjungi oleh pelancong asing malah kita sebagai rakyat Malaysia digalakkan untuk melancong di dalam Negara. Oleh itu, Menteri Pelancongan Malaysia Datuk Seri Azalina Othman telah melancarkan program yang dikenali sebagai ‘Project Zoom’ dimana projek ini menerokai pelbagai tempat menarik di dalam Malaysia yang dapat dikunjungi oleh rakyat kita. Projek ini menekankan kepada pelancongan di dalam Negara kepada rakyat tempatan di samping menarik pelancong asing untuk datang ke Malaysia. Apabila rakyat Malaysia melancong hanya di dalam Malaysia kerajaan akan dapat menambah pendapatan dan ini adalah salah satu motif program ini dilancarkan.
Kerajaan juga melakukan pelbagai promosi dalam memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Jika kita melalui Lebuh raya Plus kita akan dapat melihat papan kenyataan iklan yang mempromosikan tempat-tempat yang menarik di Malaysia. Ini adalah salah satu promosi oleh kerajaan yang diharapkan dapat menarik rakyat tempatan untuk melancong di dalam Negara. Selain itu, pelbagai infastruktur telah dibangunkan oleh kerajaan dalam memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia malah memberikan tanggapan yang positif kepada pelancong asing bahawa Negara kita mempunyai tempat-tempat yang menarik yang mampu memberi keseronokan kepada mereka. Malah kerajaan mengurangkan kos perbelanjaan dengan mengurangkan harga penginapan, tiket kapal terbang dan sebagainya yang merupakan salah satu strategi promosi yang giat dijalankan. Apabila kos perbelanjaan pelancongan dikurangkan sudah semestinya ini dapat menarik rakyat untuk melancong di dalam Negara berbanding melancong ke luar Negara yang menelan perbelanjaan yang tinggi.
Melancong di dalam Malaysia juga mempunyai kelebihan yang tersendiri kerana kita dapat mengenali pelbagi budaya kaum yang yang terdapat di Malaysia seperti kaum Melayu, Cina, India, Dusun, Kadazan, Dayak dan sebagainya. Pelbagai budaya dapat diterokai dengan menjelajah keseluruh pelosok Malaysia. Budaya kaum Melayu seperti adat pepatih dan adat temenggung. Adat pepatih masih di amalkan di beberapa daerah di Negeri Sembilan. Malah mereka yang ingin mengetahui budaya Baba dan Nyonya dapat berkunjung ke Melaka serta dapat mengetahui sejarah Hang Tuah yang terkenal di kota Melaka.
Malah mereka yang ingin melihat rumah panjang boleh melancong ke Sarawak dan Sabah. Budaya Malaysia yang pelbagai ini dapat dirasai sendiri oleh para pelancong dan rakyat Malaysia yang belum mengenali budaya Malaysia. Selain itu, banyak tempat bersejarah di dalam Malaysia ini yang boleh di kunjungi dalam menambah pengetahuan am antaranya ialah negeri Melaka yang terkenal dengan Kota A’Famosa, Lembang Bujang di negeri Kedah yang merupakan tapak-tapak warisan arkeologi. Malah kepada yang suka kepada kraftangan dapat berkunjung ke Kuala Kangsar di Perak yang terkenal dengan pengeluaran labu sayung. Para pelancong dapat membeli kraftangan untuk di jadikan buah tangan serta hadiah kepada keluarga mahupun rakan-rakan.
Di terengganu pula terkenal dengan pengeluaran Batik yang berkualiti yang di jamin memberi kepuasan kepada mereka yang mementingkan nilai sesuatu barangan. Selain itu Malaysia bukan sahaja kaya dengan budaya tetapi mempunyai keunikan yang tersendiri iaitu dari segi perayaan yang di sambut oleh masyarakat. Terdapat empat perayaan utama yang sering diraikan oleh masyarakat Malaysia yang perlbagi kaum. Bagi masyarakat Melayu perayaan Hari Raya Puasa akan di sambut meriah dan begitu juga dengan masyarakat Cina yang meraikan Tahun Baru Cina manakala masyarakat India meraikan Deevapali serta perayaan Krismas bagi yang menganut agama Kristian. Keadaan ini menyebabkan Malaysia amat unik kerana mempunyai pelbagai kaum yang dapat meraikan pelbagai perayaan. Pelancong dari luar Negara dapat meraikan bersama tidak kiralah dari Negara mana sekalipun. Mereka dapat menikmati suasana sesuatu perayaan itu walaupun tidak dapat pulang ke Negara mereka. Kerajaan akan mengadakan Rumah Terbuka bagi sesuatu perayaan dan ini adalah peluang kepada pelancong asing untuk mengenali budaya Negara kita.
Malaysia juga turut mempunyai kawasan peranginan yang menarik yang mampu memberi kepuasan kepada pelancong. Genting Highlands yang terletak di negeri Pahang mempunyai daya tarikan yang tersendiri terutamanya kepada pelancong remaja kerana di sana pelbagai permainan extrim dan lasak yang dapat di cuba malah kepada yang mereka yang ingin melancong bersama keluarga juga adalah sesuai kerana permainan untuk kanak-kanak turut di sediakan. Dengan kadar harga penginapan yang fleksibel menjadikan ia sebagai pusat pelancongan yang menarik untuk di kunjungi. Malah mereka yang sukakan kesejukan dapat berkunjung juga ke Cameron Highlands yang terkenal dengan pengeluaran teh dan ladang strawberi. Keadaan ini memberi kelebihan kepada rakyat kerana tidak perlu berkunjung ke luar Negara untuk menikmati suasana kesejukan serta dapat membeli buah-buahan yang segar serta sayuran yang bermutu tinggi terus dari ladang.
Selain itu Malaysia juga mempunyai kawasan pantai yang mengasyikkan dan para pelancong asing yang gemar berjemur dapat berkunjung ke tempat-tempat yang menarik seperti Pulau Redang, Pulau Pangkor, Pulau perhentian dan sebagainya. Di sana para pengunjung dapat melakukan pelbagai aktiviti yang di gemari sebagai contohnya scuba yang dapat menerokai dasar laut dan menaiki bot mengeilingi pulau untuk menikmati keindahan alam semula jadi Pulau Langkawi yang letak di negeri Kedah mempunyai pelbagai keunikan dan sejarahnya yang tersendiri. Para pelancong dapat berkunjung ke Makam Mahsuri malah mereka dapat menaiki ‘Cable Car’ dan melihat keseluruhan Pulau Langkawi. Di Pulau Langkawi juga adalah syurga kepada wanita yang gemar membeli belah kerana ia merupakan kawasan bebas cukai. Di Malaysia pelbagai tempat yang dapat dikunjungi oleh rakyat tempatan dengan kadar harga yang lebih murah malah kita juga secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi Negara. Oleh itu marilah kita bersama-sama melancong di dalam Negara dan memajukan pelancongan Malaysia.