CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 6, 2009

Indah: Pemandangan Taman Tasik yang mengasyikkan
Papan Tanda : Para pengunjung boleh mendapat maklumat mengenai Taman Tasik


Haiii..kali nie saya akan meneroka salah satu tempat yang menarik di perak iaitu Bandar Taiping. Adakah anda pernah menonton filem Sepi lakonan hebat Afldin Shauki dan Vanida Imran..saya pasti anda tidak akan melupakan keindahan taman tasik yang digunakan sebagai salah satu lokasi pengambaran filem tersebut.

Taman Tasik Taiping merupakan taman tasik yang tertua di Malaysia. Ia merupakan taman tasik yang pertama dibangunkan sebagai taman rekreasi di Tanah Melayu yang mula beroperasi pada tahun 1880 sebagai lombong biji timah.

Di taman tasik perlbagai aktiviti yang dapat dilakukan seperti berjoging, menaiki bot dan aktiviti mengayuh yang sangat gemar dilakukan oleh pasangan yang bercinta kerana dapat menikmati panorama alam sekitar.

Menurut seorang pengunjung Mastura Zulkifli, 23 berkata Taman tasik Taiping sangat unik kerana pelbagai aktiviti dapat dilakukan tidak kiralah yang dating bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

“Saya selalu datang ke Taman Tasik ketika waktu petang untuk berjoging dan beriadah bersama teman. Saya berasa tenang apabila dating kesini kerana dapat menikmati panorama alam yang mengasyikkan”, katanya.

1 comments:

Anonymous said...

Videoslots Casino Bonus Code | Videoslots.cc
Watch Videoslots Casino Bonus Code. youtube mp4 Videoslots Casino offers bonus codes and latest promotions. Join now. 1 month ago. Play Now